Wednesday, March 4, 2009

Sejarah Penubuhan Pondok Moden

PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN

Pendidikan secara formal melalui sistem pondok di Kelantan yang bermula pada 1820 dan mencapai zaman kegemilangan pada tahun-tahun 1900 hingga 1957 (Zaman Merdeka) berjaya melahirkan barisan Ulama Nusantara yang tersohor akhirnya sedikit demi sedikit terhakis menjelang tahun-tahun 60-an. Perkembangan yang pesat dalam sistem pendidikan negara melalui sekolah- sekolah dan Pusat-Pusat Pengajian Tinggi, Akademi Agama dan Arabiah pada tahun 60-an dan 70-an yang menawar kerjaya yang baik kepada lulusannya turut membantu kepada merosotnya perkembangan pondok-pondok tradisional. Bagi mengatasi masalah kehakisan ini, Pondok Moden (Darul Taklimul Halki Alhadis) Bachok mula didirikan kemudahan-kemudahan asas pada tahun1982 bertujuan melahirkan ulama-ulama yang dapat menghayati isi-isi kitab tua, para ilmuan Islam yang peka dengan masalah-masalah semasa, masyarakat dan negara melalui sistem pembelajaran ala sekolah dan kuliah yang teratur dan kemas. Pelajar-pelajar menerimapakai sukatan pelajaran pondok dan Azhar dan di akhir kursus akan diberi sijil, tauliah dan diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan dan Universiti. Pelajar-pelajar dilatih dengan pelbagai kemahiran bagi membolehkan mereka berdikari.

Pada 18.5.1982 Kebawah Duli Yang Maha Mulia AI-Sultan Kelantan berkenan pembinaan 15 buah pondok kediaman pelajar di atas kawasan seluas 56 ekar dan jauhnya adalah 25 batu dari Bandar Kota Bharu. Kuliah sulung bermula pada 6.2.1984 dengan 38 orang pelajar (lelaki sahaja) dari seluruh daerah di Kelantan dan Malaysia dan diketuai oleh seorang Syeikh Pondok dengan dibantu oleh 3 orang alim ulama terkenal yang membawa tradisi pembelajaran Masjidil Haram kepada Pelajar-Pelajar kepada peringkat gagasan awal kursus Addirasat Al Islamiah Walarabiah di Pondok ini.

lanya memakan masa selama 10 tahun hingga ke peringkat MA, tetapi dapat dilaksanakan selama 5 tahun sahaja iaitu 3 tahun di Peringkat Thanawi (Peperiksaan STUP/YIK) layak ke tahun satu Azhar dan 2 tahun di peringkat Taujihiyah tahun 5 (Peperiksaan STTUP/YIK).

Pada tahun 1985 hingga 1987 bilangan pelajar meningkat daripada 72 kepada 104 orang. Bangunan asrama panjang ditambah dan juga bangunan pejabat, Perpustakaan dan Bilik Kuliah telah siap diguna pada akhir 1987. Pada tahun 1986 seramai 25 pelajar pertama menduduki peperiksaan STUP/YIK (Tahun 3). Daripada jumlah ini seramai 8 orang berjaya ke Azhar pada akhir tahun 1987. Pada 22 Muharram 1409 bersamaan 4 September, 1988 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan memperkenalkan perasmian Pondok ini dengan nama barunya Pusat Pengajian Pondok (Darul Taklim Addini). Pada tahun 1988 seramai 8 orang pelajar sulung (daripada 138 orang) menduduki peperiksaan Taujihiyah (STTUP/YIK) dengan kelulusan 100%.
Perubahan- Perubahan yang pesat berlaku pada tahun 1991 apabila pelajar meningkat kepada 115 orang maka dua buah asrama panjang mula dibina dan kemasukan pelajar-pelajar baru ke pondok ini mulai ditapis melalui temuduga dan peperiksaan bertulis. Asrama D dan kantin baru pula dibina pada 1993 dan Dewan Besar sekarang pada tahun 1996. Pada tahun 1995 sukatan pelajaran baru laitu Manhaj Azhar dan Pondok digubal (ditambah) dan diterima pakai bagi membolehkan kuliah-kuliah tahun 6 (1996) dan kuliah tahun 7 (1997) diwujudkan di peringkat Aliah. Bilangan pelajar bertambah menjadi 148 orang. Pada hari sabtu, 24 Zulkaedah 1416 bersamaan I3hb. April, 1996 lhtifal Pondok diadakan (10 Tahun penubuhan pondok).

Pada 19/5/1997, pihak Al-Azhar telah memberi keizinan (Muadalah) bagi membolehkan lulusan aliah pondok melanjutkan pelajaran kuliah tahun 3 di dalam Qismu Ad Dirasah AI-lslamiah Walarabiyah. Tiap-tiap orang daripada pelajar Aliah ini sedang membuat ljazah lanjutan /MA di Azhar. Bermula pada tahun 1997, kursus ke kuliah Aliah dipendekkan hingga 6 tahun sahaja sehingga sekarang. Sementara bilangan pelajar pondok bertambah kepada 217 pada tahun 2002. Pelajar-pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Azhar mencecah ke angka 25 orang (Oktober 2002).

Pada 5.8.2002, Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan mesyuarat yang dihadiri oleh 14 buah Kolej-Kolej Islam berkembar dengan Azhar (KIBS) dan seluruh Malaysia dan pada 29.1.2003 sebuah sekreteriat Kolej-Kolej Muadalah ini ditubuhkan dan didaftarkan dengan IKBA beribu pejabat di KISDAR Bangi. Kedudukan dan taraf pondok sekarang adalah sebaris dengan pusat-pusat Pengajian Tinggi Islam Arabiyah lain di Malaysia yang ada Muadalah dengan Azhar. Seperti KUSZA, KIAS dan lain-lain. Pada29.6.2003, pihak Universiti Azhar telah memberi Muadalah baru kepada pondok ini di mana lulusan Aliah Shahadah Aliah dapat melanjutkan pelajaran ke tahun 4 Azhar dan Qismu ditambah kepada 3 lagi Usuluddin dan Syariat dan Lughah. Pada 25.9.2003 seramai 35 orang lulusan Shahadah Aliah pondok berjaya belajar di kuliah tahun 4 Azhar di dalam Qismu-Qismu yang baharu. Bilangan keseluruhan pelajar meningkat menjadi 227 orang pada akhir tahun 2003. Pada 6.2.2004, setelah 20 tahun umur Pusat Pengajian Pondok dan perkembangannya nampak terserlah. Bilangan pelajar-pelajar meningkat kepada 285 orang dengan 21 orang tenaga pengajar tetap dan dibantu oleh 4 orang pensyarah jemputan. Ramai lulusan-lulusan pondok yang memegang pelbagai jawatan kerajaan samada di peringkat Negeri, Persekutuan dan Swasta di samping menjadi pemimpin masyarakat yang aktif bagi menyambung tugas-tugas alim ulama yang terdahulu.

[+/-] Selengkapnya...

Template by : kendhin x-template.blogspot.com